23 September 2009

Info Pemakanan

Tips Pemakanan Atasi Sembelit

Apa yang ada perlukan : buah, sayur, prun, jus prun produk bran dan senaman yang konsisten.
  1. Minum 8 gelas air (atau lebih) dalam sehari Ia mencuci dan membersihkan sistem usus anda.
  2. Makan sedikit buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kandungan seratnya yang tinggi membantu melancarkan proses penghadaman makanan.
  3. Amalkan memakan buah pun, jus prun dari produk bran. Semua ini membantu mengawal sistem penghadaman anda menjadi lebih baik.
  4. Akhir sekali, jang lupa bersenam dan jadikannya sebagai aktiviti rutin.

Timun Singkirkan Toksin Dalam Badan

Ada petua yang mencadangkan kita makan isi timun setiap hari untuk awet muda. Bahkan ilmu perubatan Cina kerap menggunakan timun sebagai makanan kesihatan kerana timun berkesan dalam penyingkiran toksin. Kandungan khasiat yang ada pada timun mampu mengatasi masalah sakit tekak, gatal pada kerongkong dan batuk. Bahkan, amalan meminum jus timun juga bagus untuk merendahkan tekanan darah. Walaupun timun bukan makanan kegemaran anda, tidak salah mengambilnya setiap hari kerana khasiatnya yang sudah terbukti berkesan untuk kesihatan seluruh tubuh.




No comments:

Post a Comment